Medikal Kad(MMC)

Perlindungan kesihatan adalah salah satu komponen utama sebuah Pelan Kewangan yang Menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadikan terlalu mahal bagi sesetengah orang.
Ramai yang beranggapan bahawa MAJIKAN mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.
Namun, mereka TIDAK menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan sehingga mereka dimasukkan ke hospital…
Adakah anda tahu bahawa KOS perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital?. Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kimoterapi dll.
Di PRUBSN TAKAFUL, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh kerana itu, kami menawarkan PELAN MAJOR MEDICAL COVER (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos pengHOSPITALAN utama.
BAYANGKAN anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana-mana hospital panel PRUBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital. Hebat bukan?
APAKAH MMC?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh dimana boleh disertakan bersama pelan takafulink anda untuk kemudahan hospital di kemudian hari dimana kini merupakan sebagai satu keperluan bagi anda menghadapi saat-saat genting dan kritikal.Masaalah kewangan untuk kos hospital pasti tidak menjadi beban lagi kepada anda.Antara ciri-ciri yang menarik di dalam MMC ini ialah seperti berikut:-
- Had tahunan dari Rm50,000 hingga Rm150.000-Rujuk pelan MMC
- Had untuk seumur hidup dari Rm150,000 hingga Rm450,000-Rujuk pelan MMC
- Kebebasan memilih hospital dan doktor-doktor.
- Perlindungan 24Jam di seluruh dunia.
- Perkhidmatan hospital rangkaian -di hospital tertentu.
- Jadual pembedahan tanpa sekatan.
- Rawatan sebelum masuk dan selepas keluar hospital.
- Penjagaan jururawat di rumah.
- Pembedahan balik hari (One day surgical)
- Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
- Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.
- Bantuan rawatan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.
- Manfaat termasuk cukai perkhidmatan.
Sebagai tambahan anda juga diberikan Kad Takaful MediAssit yang memberikan perkhidmatan 24jam di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.
PruBsn juga mempunyai rangkaian hospital panel lebih 70 hospital swasta eksklusif di seluruh Malaysia dan juga rangkaian klinik swasta terpilih.Sila rujuk rangkaian hospital dan klinik.
Perlindungan akan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan atas akibat lain kecuali atas penyakit-penyakit tertentu akan bermula selepas 120hari selepas penerimaan.
December 26, 2008 at 8:05 am
saya berumur 25 tahun. sudah tiga tahun menghidap diabetis jenis 2. berminat dgn medikal kad ni tapi boleh saye tahu berapa saya perlu labur untuk dapatkan medikal kad ini. kalau boleh bagi proposal lagi bagus.