Takaful Saver
Hari ini menabung sedikit,Esok pula hasilnya membukit.
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak di ingini,anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini seperti memiliki kediaman impian,membiayai pelajaran anak-anak ke peringkat tinggi tanpa membuat sebarang pinjaman ataupun persaraan awal yang menyenangkan.
Rider Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini.Dengannya anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Takaful saver menawarkan pelan yang flexsibel dimana boleh memenuhi dan menepati keperluan anda apabila diperlukan pada bila-bila masa.
Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Peserta Takafulink boleh memilih untuk menyertai Takaful Saver dimana caruman tetap ke akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.(Sila rujuk page Dana Takafulink).
- Caruman tetap minimum hanya RM10 sebulan
- Caruman tetap maksimum :caruman tahunan Takafulink x 5
Penambahan caruman.
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam akaun IUA mereka pada bila-bila masa .
- Penambahan minimum :Rm1,000
- Penambahan maksimum :Tiada had
Caruman anda diperuntukan 95% untuk membeli Dana Takafulink dan baki 5% untuk yuran wakallah dan perbelanjaan berkaitan agihan.
Apabila berlaku kematian peserta,hilang upaya kekal atau sijil mencapai tempoh matang,baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada peserta berserta keuntungan.